Wednesday 28 September 2011

Apa Itu Fatwa?





Definisi Fatwa
Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan.


Dari Segi Istilah
Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:
  1. Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.
     
  2. Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.

Peruntukan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang

Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu:
  1. Maksud Fatwa iaitu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang  menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak;
     
  2. Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri;
     
  3. Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak;
     
  4. Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan
     
  5. Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu.
Status Keputusan Jawatankuasa Fatwa MKI

Sunday 25 September 2011

FATWA TERENGGANU: Anak Tak Sah Taraf (Terengganu)





Tarikh Keputusan
19 Dec, 2004

Keputusan: 

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 50(6) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M En. Tr. 2/2001), setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dan setelah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini menyiarkan fatwa yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 50 Enakmen ini seperti yang dinyatakan dalam jadual.
JADUAL
Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali dan tidak diharuskan perkara-perkara yang diharuskan bagi keluarga yang sah tarafnya pada syarak.

FATWA PERAK: Ajaran Arifin bin Muhamad (Ayah Pin )




Tarikh Keputusan: 

18 Aug, 2005


Huraian Tajuk/Isu: 


Bahawa ajaran Arifin bin Muhamad (Ayah Pin ) ialah ajaran yang menyeleweng
daripada ajaran Islam sebenar , sesat dan syirik kerana ciri-ciri yang menyeleweng seperti yang berikut:
(a) dari aspek akidah-
(i) Ayah Pin sebagai tuhan yang turun dari langit dan kerajaan langit adalah di bawah kekuasaannya;
(ii) Ayah Pin mempunyai kuasa menyembuh segala penyakit dan sebutan namanya boleh menakutkan binatang buas;
(iii) Ayah Pin mendakwa bahawa Mekah,Kaabah dan Air Zam-Zam adalah miliknya dan dibina selepas mendapat wahyu dari langit;
(iv) Ayah Pin mempunyai kuasa menjadikan manusia menjadi batu melalui sumpahannya ,mengetahui perkara ghaib ,boleh
menentukan syurga dan neraka seseorang,mendakwa roh orang yang mati jahat akan dikurung dalam kubah markaz;
(v) menolak berlaku kemusnahan dunia ketika qiamat;
(vi) seseorang Islam itu perlu menjadi kafir dahulu;
(vii) menolak kepentingan mengucapkan dua kalimah syahadah di akhir kematian anak Adam;
(b) dari aspek syariah;
(i) menolak rukun Islam dan hukum syarak"berkaitan dengan Tuhan;
(ii) menolak rukun - rukun Islam termasuk kewajipan sembahyang lima waktu, puasa di dalam bulan Ramadhan, zakat dan ibadah haji.;
(iii) menghalalkan makanan yang diharamkan oleh syarak;
(iv) mengada-adakan hukum syarak"seperti nikah batin;