Sunday, 25 September 2011

FATWA PERAK: Ajaran Arifin bin Muhamad (Ayah Pin )




Tarikh Keputusan: 

18 Aug, 2005


Huraian Tajuk/Isu: 


Bahawa ajaran Arifin bin Muhamad (Ayah Pin ) ialah ajaran yang menyeleweng
daripada ajaran Islam sebenar , sesat dan syirik kerana ciri-ciri yang menyeleweng seperti yang berikut:
(a) dari aspek akidah-
(i) Ayah Pin sebagai tuhan yang turun dari langit dan kerajaan langit adalah di bawah kekuasaannya;
(ii) Ayah Pin mempunyai kuasa menyembuh segala penyakit dan sebutan namanya boleh menakutkan binatang buas;
(iii) Ayah Pin mendakwa bahawa Mekah,Kaabah dan Air Zam-Zam adalah miliknya dan dibina selepas mendapat wahyu dari langit;
(iv) Ayah Pin mempunyai kuasa menjadikan manusia menjadi batu melalui sumpahannya ,mengetahui perkara ghaib ,boleh
menentukan syurga dan neraka seseorang,mendakwa roh orang yang mati jahat akan dikurung dalam kubah markaz;
(v) menolak berlaku kemusnahan dunia ketika qiamat;
(vi) seseorang Islam itu perlu menjadi kafir dahulu;
(vii) menolak kepentingan mengucapkan dua kalimah syahadah di akhir kematian anak Adam;
(b) dari aspek syariah;
(i) menolak rukun Islam dan hukum syarak"berkaitan dengan Tuhan;
(ii) menolak rukun - rukun Islam termasuk kewajipan sembahyang lima waktu, puasa di dalam bulan Ramadhan, zakat dan ibadah haji.;
(iii) menghalalkan makanan yang diharamkan oleh syarak;
(iv) mengada-adakan hukum syarak"seperti nikah batin;



Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 18 Ogos 2005 buat kali 167 setelah berbincang dan membahaskan dengan penuh teliti telah mengambil keputusan "Bahawa semua dakwaan di atas mengandungi ajaran, pegangan dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariah Islamiah serta boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam dan dengan ini adalah diharamkan.
Kumpulan Ayah Pin yang berpegang kepada ajaran, pegangan dan fahaman yang didakwa oleh Arifin Muhamad adalah diharamkan.
Oleh itu, orang Islam dilarang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan Ayah Pin, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberikan ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidupkan dan mengembangkan kumpulan ini. Orang Islam juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan, risalah dan apa-apa dokumen yang menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda yang boleh dikaitkan dengan Kumpulan Ayah Pin, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda pada mana-mana harta alih atau tak alih yang boleh di kaitkan dengan Kumpulan Ayah Pin.
Sebarang bentuk sokongan dan bantuan kepada Ayah Pin dan / atau pengikut-pengikutnya dilarang dan hendaklah dihentikan serta-merta.
Bahawa orang Islam yang mengamalkan ajaran Arifin bin Mohamad(Ayah Pin) adalah murtad.


Status Penwartaan: 

 Diwartakan


Tarikh Diwartakan

 24 Jan, 2007


Nombor Rujukan: 

MNPk.A351.IST/01/7(72):PU.Pk.0


Akta/Enakmen: 

Enakmen Pentadbiran

SUMBER: www.e-fatwa.gov.my

No comments:

Post a Comment