Saturday 24 September 2011

FATWA NEGERI SEMBILAN: Buku-Buku dan Risalah Ajaran Sesat






Tarikh Keputusan: 

 17 Apr, 1996


Keputusan: 


1. Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah berikut :
(a) Qamar Al-Huda

(b) Nukilan Ahli Sufi Allahu Akhbar Encik Bahrin bin Salleh
(c) Risalah kesufian - Anjuran Baharin Salleh
(d) Sebaik-baik makrifah yang dipertunjukkan bagi hati,

(Selepas ini disebut secara kolektif sebagai 'buku-buku dan risalah tersebut') adalah menyalahi akidah Islam dan menyesatkan.
2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang -
(1) untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah tersebut;
(2) untuk mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan atau mengedarkan buku-buku dan risalah tersebut atau mana-mana bahagian buku-buku dan risalah tersebut dalam -
(i) apa-apa bentuk, versi atau variasi;
(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;
(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku dan risalah tersebut itu pada atau atas apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau
(3) untuk menjadi ahli, anggota, pengikut atau pemimpin mana-mana kumpulan yang tersebut dalam perenggan 1 atau membantu dalam menghidupkan atau memberi publisiti atau mengembangkan kumpulan sedemikian.


Bertarikh 17 April 1996
[PU/NS (JB) (Agama) 15/92 Jld.1];
[PANS.196(07)220/1 Klt.3.]

DATO" HAJI MOHD MURTADZA BIN HAJI AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
 
Status Penwartaan: 
 Diwartakan


Tarikh Diwartakan: 
 20 Jun, 1996



Nombor Rujukan: 
[PU/NS (JB) (Agama) 15/92 Jld
Akta/Enakmen: 
 N,S.P.U.12


SUMBER: www.e-fatwa.gov.my

No comments:

Post a Comment