Thursday 22 September 2011

FATWA KELANTAN: kaedah kiraan waktu sembahyang bagi Negeri Kelantan



Tarikh Keputusan:
18 Aug, 2002


Keputusan:


Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 36 dan 39
Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menerusi
Jemaah Ulama' yang bersidang pada 9 Jamadil Al-Thaniah 1423H bersamaan 18hb. Ogos 2002M dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan membuat fatwa yang berikut :-


A) Bahawa kaedah kiraan waktu sembahyang bagi Negeri Kelantan dipinda dari pengunaan satu zon jadual waktu sembahyang kepada dua zon .


B) Stesyen rujukan untuk kiraan bagi sesuatu zon hendaklah terletak di bahagian paling barat zon tersebut.Ia adalah seperti berikut :-

i) Zon 1 - Stesyen rujukan ialah Bandar Rantau Panjang.Ia meliputi bandar Kota Bharu,Bachok, Pasir Putih, Pasir Mas,Tanah Merah, Tumpat, Machang, Kuala Krai, Rantau Panjang dan Daerah Chiku( Gua Musang ).

ii) Zon 2 - Stesyen rujukan ialah Pekan Pos Dakoh .Ia meliputi
Bandar Jeli, Pos Dakoh serta Daerah Galas dan Bertam (Gua Musang).

iii)Bandar Jeli tidak akan digunakan sebagai stesyen rujukan
berikutan penyelarasan zon waktu sembahyang bagi Negeri Kelantan.


Status Penwartaan:
Diwartakan

Tarikh Diwartakan:
1 Jan, 1970


SUMBER: www.e-fatwa.gov.my

No comments:

Post a Comment