Saturday 24 September 2011

FATWA SELANGOR: Fatwa Tentang Ajaran Tijah @ Khatijah Bt. Ali




Tarikh Keputusan: 
 

7 Feb, 1998
Keputusan: 


1. Ajaran dan amalan Tijah @ Khatijah bt. Ali didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.
2. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Ajaran Tijah @ Khatijah bt. Ali di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata"alla.
Antara ciri-ciri ajaran itu:

(a) Membawa ajaran Wahdatul Wujuh dan Martabat Tujuh.
(b) Menganggap ungkapan tokoh tasawuf sebagai hadis.
(c) Membawa konsep Nur Muhammad.
(d) Berzikir tidak sedarkan diri.
(e) Sesiapa yang menangis dalam solat dianggap syirik kerana yang wujud ialah Ahmad.
(f) Mendakwa roh serupa dengan manusia, berwarna putih tetapi tidak mempunyai rongga yang bernama Ahmad.
(g) Mengunakan kitab yang mengelirukan untuk pengajian.
(h) Menambah Saidatina Fatimah bt. Rasulullah dalam Dua Kalimah Syahadah.
(i) Mendakwa rahsia manusia di antara huruf Alif dan Ya.
(j) Menghuraikan pecahan kalimah Lailahaillallah.
(k) Memberi tafsiran mengelirukan mengenal Israk dan Mikraj.
(l) Menyatukan watak Allah, Malaikat, Adam dan Iblis sebagai Allah mengikut keadaan.


Status Penwartaan: 

Diwartakan


Tarikh Diwartakan: 

 24 Sep, 1998


Nombor Rujukan: 

 [(JAL. Se. 8070/99: PU. Sel. A



Akta/Enakmen: 


Sel. P.U. 8.


SUMBER: www.e-fatwa.gov.my

No comments:

Post a Comment