Saturday 24 September 2011

WARTA PAHANG: Buku Bertajuk ' Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam' (Pahang)





Tarikh Keputusan: 

23 Jul, 1988


Huraian Tajuk/Isu: 

Buku bertajuk 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam' karangan Ustaz Haji Ashaari bin Muhammad.


Keputusan:

ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN
ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982
(Enakmen No. 8 Tahun 1982)
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 38 (3)
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 38 (3) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dengan ini mengisytiharkan fatwa yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Syariah bahawa buku bertajuk 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam' karangan Ustaz Haji Ashaari bin Muhammad yang diterbitkan oleh Penerangan Al-Arqam adalah bercanggah dengan syariat Islam dan dengan yang demikian buku tersebut adalah dengan ini diharamkan daripada dicetak, diterbitkan, dijual, dipamerkan sama ada untuk dijual atau dipertunjukkan percuma dengan apa cara jua pun, disebarkan dan dibahagi-bahagikan dan juga daripada berada dalam kawalan, simpanan atau milik seseorang.
Mana-mana orang yang melanggar fatwa ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dikenakan hukuman seperti diperuntukkan dibawah seksyen-seksyen 164 dan 165 Enakmen tersebut.

Status Penwartaan: 

Diwartakan

Tarikh Diwartakan: 

18 Aug, 1988

Nombor Rujukan: 

M.U.I.Phg. 12/9



Akta/Enakmen: 


626

SUMBER: www.e-fatwa.gov.my

No comments:

Post a Comment